1+1=3?

Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 60, menyatakan beliau telahpun menghantar surat rayuan kepada Lembaga Displin UMNO berkenaan kes melibatkan dirinya yand didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tata Etika Ahli Umno kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau dan ini menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.


Bagaimanapun kes beliau telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli UMNO kerana calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang telah didapati bersalah mengikut peruntukan yang sama tetapi hanya diberi amaran, sekali gus masih melayakkannya bertanding.

Spekulasi di kalangan dalam dan luar UMNO disebabkan oleh keputusan hukuman yang berbeza di antara Ali Rustam dan Khairy bakal menimbulkan polimik di kalangan rakyat berkaitan kredibiliti Lembaga Displin UMNO.

Leave a comment